09/03/2013

"DIA ZAUJAH PILIHAN ALLAH"



“Assalamualaikum ya Akhi! Kaifa haluka? Min aina ya akhi?”, tegurnya dengan penuh semangat persaudaraan.

“Waalaikumussalam warahmatullah ya Akhi Amar, ana bikhair walhamdulillah, minal masjid ya Akhi”, balasku dengan yakin tidak yakin akan bahasa arabku.

“Macam mana sekarang? Orang rumah sihat?” soalku sambil mengangkat kedua kening.

“Alhamdulillah akhi, macam ni lah, sibuk sebagai pelajar, dan sibuk sebagai suami, penat! tapi penat yang berbaloi akhi!” jelasnya dengan wajah yang gembira.

“Jadi? Bergegas ni mahu kemana?”

“Sudah janji akhi, nak ambil Izzah balik dari kerja,15 minit lagi dia akan habis kerja, maaf akhi tak boleh berborak lama akhi”, terangnya.

“Tak apa, suami orangkan, akhi pun nak balik mahallah ni, nak ke kafe, lapar!”, balasku.

“Maassalamah akhi, in sha Allah nanti saya ‘text’ akhi, salam alaik ya akhi!”.

“Maassalamah wailalliqa’, waalaikumussalam”.

“Ceria sungguh!” gumamku sendiri.

Mengimbau kembali dua semester terdahulu, saat dia benar- benar sukar untuk membuat pilihan. Apa yang ditanggungnya cukup berat, kerana melibatkan hati manusia, dan semestinya dia tidak ingin melukakan hati mana- mana pihak, dan keputusan dia ini melibatkan masa depannya juga, berkahwin pada usia muda.

“Akhi, punya masa luang tak? Dengar cerita saya ini?”

“In sha Allah boleh, sepatutnya akhi memang ada kelas petang ni, tapi batal, ‘lecturer’ ke hospital, ada ‘appointment’ katanya”. 

Secara tidak sengaja aku berjumpanya di bahagian belakang masjid, dia hanya bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa pun dengan wajah yang agar muram. Salam yang ku ucapkan ke atasnya sebentar tadi di jawabnya hanya dengan senyum hambar. Wajahnya sahaja sudah melihatkan dia sedang memikiran sesuatu, ada sesuatu yang membebani fikiran dan hatinya.

“Jujur akhi, saya rasa bersalah sekarang ini”, dia memulakan bicara.

“Bersalah? Bersalah apa Amar?”, tanyaku semula mewujudkan komitmen aku dalam mendengar.

“Begini, sebelum saya masuk ke UIA ni, saya memang punya seorang kawan, teman perempuan yang  bukan sekadar teman biasa, itu yang boleh saya katakan, kerana boleh dikatakan dahulu kami setiap hari berbalas mesej, dan wujud perasaaan yang lebih dari sekadar kawan, ‘couple’ saya”, ceritanya.

“Jadi?”, tanyaku tanpa mewujudkan sebarang spekulasi yang kurang baik.

“Saya cerita dahulu siapa perempuan ini sebenarnya, dia rakan sekelas saya ketika di form 6 dahulu, dia seperti kebanyakkan perempuan biasa, tidak seperti muslimah yang berada di UIA ni, dia hanya berjilbab kecil pada asalnya, tapi mungkin kerana jatuh hatinya pada saya, dan juga hidayah yang datang dari Allah, dia semakin hari semakin banyak berubah. Dari jilbabnya yang kecil dahulu, dia sudah mengenakan jilbab yang semakin labuh, sarung kaki dan ‘hand shocks’ juga dipakainya, menjadikannya setanding dengan muslimah yang berada di UIA ini, perubahan demi perubahan itu menyebabkan kami mula sedar akan kesalahan kami dalam berkawan ini, bukan cara yang dikehendaki oleh islam, kebetulan dia yang kini berada di USM dan saya yang berada di sini, kami sepakat mengambil kata putus, hanya fokus pada pelajaran dan berjanji akan bertemu di satu titik pada akhirnya selepas habis belajar, in sha Allah dengan bernikah”.

“Alhamdulillah, jadi?”

“Yang menjadi masalahnya sekarang ini adalah saya Akhi”, sambil menundukkan kepala.

“Kenapa pula?", soalku kehairanan.

“Saya bersalah sebab menduakan dia, saya tak sengaja berkawan dengan seorang senior, yang saya kenal sewaktu minggu taaruf seawalnya saya di sini, dan kami kerap juga kami berbalas mesej bagi mengenal hati budi masing- masing, tanpa kami sedar hampir satu sem lebih kami bertukar- tukar cerita dan berbalas mesej tanpa bersua muka, mengikis jarak diantara kami, jarak antara senior dan junior itu tidak ada lagi".

“Dan sebulan yang lalu, satu mesej menjengah kedalam ‘inbox’ e-mail saya, akan kesedianya untuk menjadi zaujah kepada saya dan sanggup menunggu hingga saya habis belajar. Saya dilamar terus melalui e-mail ini, kerana di pihak muslimah itu, dia telah memberitahu pada keluarganya akan dia punya calon suami, yakni saya, dan di akhir e-mail itu, dia menegaskan untuk tidak bermain mesej melainkan hal- hal yang penting sahaja bagi menjaga hubungan ini dan hanya menantikan keputusan yang positif dari pihak saya pula”, ceritanya terperinci.

“Pada mulanya saya rahsiakan kisah saya dengan senior itu daripada pengetahuan yang di USM itu, tapi kerana e-mail itu, saya tekad untuk berterus terang dengannya, saya ceritakan kisah kakak senior itu padanya, dan saya ceritakan juga pada dia mengenai e-mail yang saya terima itu, dia menangis akhi, saya cukup rasa bersalah pada dia, bersalah tidak jujur, tidak setia dan malah menipu lagi. Sememangnya hati saya lebih berat kepadanya, kerana sudah lama kami berkawan, tapi senior itu juga muslimah yang baik, saya buntu akhi.”, terlihat keluhan dari wajahnya.

Kini yang datang padanya adalah dua muslimah, yang menjadikan dirinya itu susah untuk membuat keputusan adalah kerana perlu memilih yang terbaik diantara dua yang terbaik ini. Melalui penceritaannya, kedua- duanya mempunyai keistimewaan yag tersendiri padanya, keduanya menyenangkan dirinya, dan cukup memenuhi kretiria yang sememangnya diidamkan oleh dirinya, itu yang dapat aku lihat. Tapi dia sedar akan ketamakkannya dalam perkara ini, itu yang ingin dia selesaikan. Tidak mahu terus menerus menyiksa mana- mana pihak.

Melihat jam di tangan, suku daripada 60 minit lagi akan masuknya ‘asar.

“Ok, pendapat akhi ini simple sahaja, dan mungkin juga sekadar mengularkan kembali pengetahuan amar mengenai perkara ini, akhi sekadar rumuskan sahaja, kerana sekit lagi akan masuk ‘asar,” ucapku.

“Amar, mendengar cerita Amar ini, akhi faham perasaan kamu, bersalah dan tersepit diantara dua muslimah yang baik ini, yang betul- betul baik dan taat kepada Allah s.w.t. dan sudah menjadi kebiasaan dan fitrah manusia itu sendiri di mana kita ini sentiasa khilaf dan tamak dalam apa jua perkara. Tidak pernah dan puas hati dalam apa nikmat yang Allah berikan pada kita. Tapi Alhamdulillah Amar segera sedar akan khilaf itu, itu yang baiknya”.

Dia hanya terdiam, menantikan sambungan pendapatku.

“Bagi masalah pemilihan diantara dua perkara atau dua insan ini, akhi nasihatkan agar kamu sujud menghadap Allah, yakni istikharah. Serahkan diri kepada Allah dalam apa sahaja hal yang sedang kamu hadapi ini, serahkan pada Allah akan dua pilihan dan kesulitan bagi kamu untuk memutuskan yang terbaik diantara dua yang terbaik ini. Kita ini hamba, selain fitrah khilaf dan tamak itu, bertuhan juga adalah fitrah kita, maka baliklah kepadaNya dalam apa jua keadaan dan kesulitan, iaitu dalam gembira pun kita menghadapnya, dalam susah lagilah kita gandakan pengaduan kita ini.”

“In sha Allah akhi, terima kasih atas jalannya, saya akan usaha, meminta pilihan yang terbaik daripadaNya, apa- apa nanti saya akan ‘text’ akhi”, reaksinya terhadap nasihatku sebentar tadi.

“Ok, mesej je, in sha Allah akhi balas”, balasku bersahaja.

Azan ‘asar yang berkumandang, mengakhiri perbualan diatara kami.

*******************************************************************************

Selang tiga hari selepas pertemuan kami di masjid dahulu, aku menerima ‘mesej’ dari Amar.

“Akhi, saya dah buat istikharah tiga hari berturut, dan seringkali saya mendapat petunjuk seakan untuk memilih Muslimah yang senior itu akhi, tapi hati saya lebih kepada muslimah yang berada di USM itu”.

“Istikharah lagi, cukupkan seminggu” ‘sending message’.

Seminggu berlalu selepas pertemuan kami di masjid itu, sekali lagi mesej dari Amar yang ku terima.

“Sama akhi, wajah senior itu semakin kerap menjengah ke minda, tapi saya betul- betul harapkan yang di USM tu akhi”.

“Cukupkanlah sebulan akan istikharahnya, kerana ia melibatkan masa depan, teman hidup, jadi janganlah terburu- buru, dan selepas itu buatlah keputusan yang muktamad”. ‘sending message’.

Sekali lagi kami berjumpa di masjid, setelah menerima mesej darinya untuk berbincang, katanya ada perkara yang ingin diminta pendapat dan aku hanya menyanggupkan sahaja, masa sebulan yang aku cadangkan padanya berlalu begitu sahaja.

“Akhi Alhamdulillah, saya mampu istiqamah dalam membuat istikharah dalam masa sebulan ini dan masih, wajah kakak senior itu yang kerap menjegah ke minda saya walaupun hati saya masih mengharapkan yang di USM itu”. Ceritanya ringkas.

“Amar, akhi hanya berkata berdasarkan apa yang kamu katakana. Sebulan itu adalah temoh untuk kamu mengharap benar- benar akan petunjuk dari Allah s.w.t. dalam erti kata lain membiarkan Allah yang menentukan pilihan buat kamu, bila istikharah ini berlansung, bermakna kamu telah meminta kata akhir dariNya, dan kata akhirnya adalah kakak senior itu, itulah hasil dari istikharah kamu itu. Setelah kamu meminta pertolongan dariNya dalam memudahkan pilhan, dan Dia telah memberikan petunjuknya atau jawapannya, masih kamu ingin tolak akan pertolongannya? Kerana itu akhi sarankan agar sebulan, supaya kamu bersiap sedia menerima sebarang kebarangkalian keputusan dari Allah s.w.t.”

“Ambil pengajaran dari ayat ini Amar,

"Dan dialah yang menciptakan tiap- tiap suatu lagi menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdirnya yang sempurna," Al-Furqan ayat 2.

Allah tidak akan memberikan sesuatu yang tidak baik pada hambaNya, biar pun pada masa kini baik pun pada masa hadapan. Ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas hambaNya adalah berdasarkan keupayaan dan kemampuan kita, suka juga akhi ingatkan mengenai  luh mahfuz yang sedia ada Amar faham akannya, telah tertulis di sana akan kehidupan kita di dunia dan di akhirat kelak, siapa jodoh kita, dan apa rezeki yang akan kita perolehi sepanjang kehidupan kita berlansung, semuanya telah ditetapkan oleh Allah Azzawajallah, jadi fikirkanlah.

"Allah akhi, degilnya hati ini".

"Amar, yakin akan ketentuanNya, percaya pada perancanganNya, setelah kita berusaha dalam segala hal, dan telah pun kita pasakkan doa yang menggunung pada Allah, maka diakhir segala usaha itu adalah tawakkal, yakni berserah diri kepada Allah s.w.t." seringkasnya pesananku kepadanya.

"Jazakallah akhi", kepalanya menunduk, esakan terdengar darinya.

*******************************************************************************

Cuti semester, sekali lagi aku terima pesanan ringkas dari Amar, mesejnya yang penuh barakah itu membuatkan aku senyum sendiri, 'menjemput akhi sekeluarga ke majlis pernikahan Amar Yassar dan Nurul Izzah @ muslimah senior .........".

"BarakAllahu lakuma wa barakah, wajama'a 'alaikuma fii khair", doaku buat Amar dan pasangan hidupnya.

Ku lajukan lagi langkah untuk pulang ke mahallah, hilang rasa laparku yang tadi. Sepanjang perjalanan aku tersenyum mengenangkan kegembiraan Akhi Amar dengan pilihan Allah yang telah pun dijadikannya pilihan hatinya, dan aku? Aku masih menanti, bukan tak ingin mencari, tapi biarkanlah dahulu, selesai 'degree' ini terlebih dahulu, in sha Allah akan aku fikirkan, seketika ini, ibunda dan ayahanda menjadi raja dan permaisuri dihatiku.












2 comments: