“Assalamualaikum ya Akhi! Kaifa haluka? Min aina ya akhi?”, tegurnya dengan penuh semangat persaudaraan.
“Waalaikumussalam warahmatullah ya Akhi Amar, ana bikhair
walhamdulillah, minal masjid ya Akhi”, balasku dengan yakin tidak yakin akan
bahasa arabku.
“Macam mana sekarang? Orang rumah sihat?” soalku sambil mengangkat kedua kening.
“Alhamdulillah akhi, macam ni lah, sibuk sebagai pelajar,
dan sibuk sebagai suami, penat! tapi penat yang berbaloi akhi!” jelasnya dengan wajah yang
gembira.
“Jadi? Bergegas ni mahu kemana?”
“Sudah janji akhi, nak ambil Izzah balik dari kerja,15
minit lagi dia akan habis kerja, maaf akhi tak boleh berborak lama akhi”, terangnya.
“Tak apa, suami orangkan, akhi pun nak balik mahallah ni, nak ke
kafe, lapar!”, balasku.
“Maassalamah akhi, in sha Allah nanti saya ‘text’ akhi, salam
alaik ya akhi!”.
“Maassalamah wailalliqa’, waalaikumussalam”.
“Ceria sungguh!” gumamku sendiri.
Mengimbau kembali dua semester terdahulu, saat dia benar-
benar sukar untuk membuat pilihan. Apa yang ditanggungnya cukup berat, kerana
melibatkan hati manusia, dan semestinya dia tidak ingin melukakan hati
mana- mana pihak, dan keputusan dia ini melibatkan masa depannya juga, berkahwin pada usia muda.
“Akhi, punya masa luang tak? Dengar cerita saya ini?”
“In sha Allah boleh, sepatutnya akhi memang ada kelas petang
ni, tapi batal, ‘lecturer’ ke hospital, ada ‘appointment’ katanya”.
Secara tidak sengaja aku berjumpanya di bahagian belakang
masjid, dia hanya bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa pun dengan wajah
yang agar muram. Salam yang ku ucapkan ke atasnya sebentar tadi di jawabnya
hanya dengan senyum hambar. Wajahnya sahaja sudah melihatkan dia sedang
memikiran sesuatu, ada sesuatu yang membebani fikiran dan hatinya.
“Jujur akhi, saya rasa bersalah sekarang ini”, dia memulakan
bicara.
“Bersalah? Bersalah apa Amar?”, tanyaku semula mewujudkan
komitmen aku dalam mendengar.
“Begini, sebelum saya masuk ke UIA ni, saya memang punya
seorang kawan, teman perempuan yang
bukan sekadar teman biasa, itu yang boleh saya katakan, kerana boleh
dikatakan dahulu kami setiap hari berbalas mesej, dan wujud perasaaan yang
lebih dari sekadar kawan, ‘couple’ saya”, ceritanya.
“Jadi?”, tanyaku tanpa mewujudkan sebarang spekulasi yang kurang baik.
“Saya cerita dahulu siapa perempuan ini sebenarnya, dia rakan
sekelas saya ketika di form 6 dahulu, dia seperti kebanyakkan perempuan biasa,
tidak seperti muslimah yang berada di UIA ni, dia hanya berjilbab kecil pada
asalnya, tapi mungkin kerana jatuh hatinya pada saya, dan juga hidayah yang
datang dari Allah, dia semakin hari semakin banyak berubah. Dari jilbabnya yang
kecil dahulu, dia sudah mengenakan jilbab yang semakin labuh, sarung kaki dan
‘hand shocks’ juga dipakainya, menjadikannya setanding dengan muslimah yang
berada di UIA ini, perubahan demi perubahan itu menyebabkan kami mula sedar
akan kesalahan kami dalam berkawan ini, bukan cara yang dikehendaki oleh islam, kebetulan dia yang kini berada di USM dan saya yang berada di sini, kami sepakat mengambil kata putus, hanya fokus pada pelajaran dan berjanji akan bertemu di satu titik
pada akhirnya selepas habis belajar, in sha Allah dengan bernikah”.
“Alhamdulillah, jadi?”
“Yang menjadi masalahnya sekarang ini adalah saya Akhi”,
sambil menundukkan kepala.
“Kenapa pula?", soalku kehairanan.
“Saya bersalah sebab menduakan dia, saya tak sengaja
berkawan dengan seorang senior, yang saya kenal sewaktu minggu taaruf seawalnya
saya di sini, dan kami kerap juga kami berbalas mesej bagi mengenal hati budi masing- masing, tanpa kami sedar hampir satu sem lebih kami bertukar- tukar
cerita dan berbalas mesej tanpa bersua muka, mengikis jarak diantara kami, jarak antara senior dan junior itu tidak ada lagi".
“Dan sebulan yang lalu, satu mesej menjengah kedalam ‘inbox’
e-mail saya, akan kesedianya untuk menjadi zaujah kepada saya dan sanggup
menunggu hingga saya habis belajar. Saya dilamar terus melalui e-mail ini,
kerana di pihak muslimah itu, dia telah memberitahu pada keluarganya akan dia
punya calon suami, yakni saya, dan di akhir e-mail itu, dia menegaskan untuk
tidak bermain mesej melainkan hal- hal yang penting sahaja bagi menjaga
hubungan ini dan hanya menantikan keputusan yang positif dari pihak saya pula”,
ceritanya terperinci.
“Pada mulanya saya rahsiakan kisah saya dengan senior itu daripada pengetahuan yang di USM itu, tapi kerana e-mail itu, saya tekad untuk berterus terang dengannya, saya ceritakan kisah kakak senior itu padanya, dan
saya ceritakan juga pada dia mengenai e-mail yang saya terima itu, dia menangis
akhi, saya cukup rasa bersalah pada dia, bersalah tidak jujur, tidak setia dan
malah menipu lagi. Sememangnya hati saya lebih berat kepadanya, kerana sudah lama
kami berkawan, tapi senior itu juga muslimah yang baik, saya buntu akhi.”,
terlihat keluhan dari wajahnya.
Kini yang datang padanya adalah dua muslimah, yang
menjadikan dirinya itu susah untuk membuat keputusan adalah kerana perlu memilih yang terbaik diantara dua yang
terbaik ini. Melalui penceritaannya, kedua- duanya mempunyai keistimewaan yag
tersendiri padanya, keduanya menyenangkan dirinya, dan cukup memenuhi kretiria
yang sememangnya diidamkan oleh dirinya, itu yang dapat aku lihat. Tapi dia
sedar akan ketamakkannya dalam perkara ini, itu yang ingin dia selesaikan.
Tidak mahu terus menerus menyiksa mana- mana pihak.
Melihat jam di tangan, suku daripada 60 minit lagi akan
masuknya ‘asar.
“Ok, pendapat akhi ini simple sahaja, dan mungkin juga
sekadar mengularkan kembali pengetahuan amar mengenai perkara ini, akhi sekadar
rumuskan sahaja, kerana sekit lagi akan masuk ‘asar,” ucapku.
“Amar, mendengar cerita Amar ini, akhi faham perasaan kamu,
bersalah dan tersepit diantara dua muslimah yang baik ini, yang betul- betul
baik dan taat kepada Allah s.w.t. dan sudah menjadi kebiasaan dan fitrah
manusia itu sendiri di mana kita ini sentiasa khilaf dan tamak dalam apa jua
perkara. Tidak pernah dan puas hati dalam apa nikmat yang Allah berikan pada
kita. Tapi Alhamdulillah Amar segera sedar akan khilaf itu, itu yang baiknya”.
Dia hanya terdiam, menantikan sambungan pendapatku.
“Bagi masalah pemilihan diantara dua perkara atau dua insan
ini, akhi nasihatkan agar kamu sujud menghadap Allah, yakni istikharah.
Serahkan diri kepada Allah dalam apa sahaja hal yang sedang kamu hadapi ini,
serahkan pada Allah akan dua pilihan dan kesulitan bagi kamu untuk memutuskan
yang terbaik diantara dua yang terbaik ini. Kita ini hamba, selain fitrah khilaf
dan tamak itu, bertuhan juga adalah fitrah kita, maka baliklah
kepadaNya dalam apa jua keadaan dan kesulitan, iaitu dalam gembira pun kita
menghadapnya, dalam susah lagilah kita gandakan pengaduan kita ini.”
“In sha Allah akhi, terima kasih atas jalannya, saya akan
usaha, meminta pilihan yang terbaik daripadaNya, apa- apa nanti saya akan
‘text’ akhi”, reaksinya terhadap nasihatku sebentar tadi.
“Ok, mesej je, in sha Allah akhi balas”, balasku bersahaja.
Azan ‘asar yang berkumandang, mengakhiri perbualan diatara
kami.
*******************************************************************************
Selang tiga hari selepas pertemuan kami di masjid dahulu,
aku menerima ‘mesej’ dari Amar.
“Akhi, saya dah buat istikharah tiga hari berturut, dan
seringkali saya mendapat petunjuk seakan untuk memilih Muslimah yang senior itu
akhi, tapi hati saya lebih kepada muslimah yang berada di USM itu”.
“Istikharah lagi, cukupkan seminggu” ‘sending message’.
Seminggu berlalu selepas pertemuan kami di masjid itu,
sekali lagi mesej dari Amar yang ku terima.
“Sama akhi, wajah senior itu semakin kerap menjengah ke
minda, tapi saya betul- betul harapkan yang di USM tu akhi”.
“Cukupkanlah sebulan akan istikharahnya, kerana ia
melibatkan masa depan, teman hidup, jadi janganlah terburu- buru, dan selepas
itu buatlah keputusan yang muktamad”. ‘sending message’.
Sekali lagi kami berjumpa di masjid, setelah menerima mesej
darinya untuk berbincang, katanya ada perkara yang ingin diminta pendapat dan
aku hanya menyanggupkan sahaja, masa sebulan yang aku cadangkan padanya berlalu
begitu sahaja.
“Akhi Alhamdulillah, saya mampu istiqamah dalam membuat
istikharah dalam masa sebulan ini dan masih, wajah kakak senior itu yang kerap
menjegah ke minda saya walaupun hati saya masih mengharapkan yang di USM itu”.
Ceritanya ringkas.
“Amar, akhi hanya berkata berdasarkan apa yang kamu
katakana. Sebulan itu adalah temoh untuk kamu mengharap benar- benar akan
petunjuk dari Allah s.w.t. dalam erti kata lain membiarkan Allah yang
menentukan pilihan buat kamu, bila istikharah ini berlansung, bermakna kamu
telah meminta kata akhir dariNya, dan kata akhirnya adalah kakak senior itu,
itulah hasil dari istikharah kamu itu. Setelah kamu meminta pertolongan dariNya
dalam memudahkan pilhan, dan Dia telah memberikan petunjuknya atau jawapannya,
masih kamu ingin tolak akan pertolongannya? Kerana itu akhi sarankan agar
sebulan, supaya kamu bersiap sedia menerima sebarang kebarangkalian keputusan
dari Allah s.w.t.”
“Ambil pengajaran dari ayat ini Amar,
"Dan dialah yang menciptakan tiap- tiap suatu lagi menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdirnya yang sempurna," Al-Furqan ayat 2.
Allah tidak akan memberikan sesuatu yang tidak baik pada hambaNya, biar pun pada masa kini baik pun pada masa hadapan. Ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas hambaNya adalah berdasarkan keupayaan dan kemampuan kita, suka juga akhi ingatkan mengenai luh mahfuz yang sedia ada Amar faham akannya, telah tertulis di sana akan kehidupan kita di dunia dan di akhirat kelak, siapa jodoh kita, dan apa rezeki yang akan kita perolehi sepanjang kehidupan kita berlansung, semuanya telah ditetapkan oleh Allah Azzawajallah, jadi fikirkanlah.
"Allah akhi, degilnya hati ini".
"Amar, yakin akan ketentuanNya, percaya pada perancanganNya, setelah kita berusaha dalam segala hal, dan telah pun kita pasakkan doa yang menggunung pada Allah, maka diakhir segala usaha itu adalah tawakkal, yakni berserah diri kepada Allah s.w.t." seringkasnya pesananku kepadanya.
"Jazakallah akhi", kepalanya menunduk, esakan terdengar darinya.
*******************************************************************************
*******************************************************************************
Cuti semester, sekali lagi aku terima pesanan ringkas dari Amar, mesejnya yang penuh barakah itu membuatkan aku senyum sendiri, 'menjemput akhi sekeluarga ke majlis pernikahan Amar Yassar dan Nurul Izzah @ muslimah senior .........".
"BarakAllahu lakuma wa barakah, wajama'a 'alaikuma fii khair", doaku buat Amar dan pasangan hidupnya.
Ku lajukan lagi langkah untuk pulang ke mahallah, hilang rasa laparku yang tadi. Sepanjang perjalanan aku tersenyum mengenangkan kegembiraan Akhi Amar dengan pilihan Allah yang telah pun dijadikannya pilihan hatinya, dan aku? Aku masih menanti, bukan tak ingin mencari, tapi biarkanlah dahulu, selesai 'degree' ini terlebih dahulu, in sha Allah akan aku fikirkan, seketika ini, ibunda dan ayahanda menjadi raja dan permaisuri dihatiku.







