09/03/2013

"DIA ZAUJAH PILIHAN ALLAH"



“Assalamualaikum ya Akhi! Kaifa haluka? Min aina ya akhi?”, tegurnya dengan penuh semangat persaudaraan.

“Waalaikumussalam warahmatullah ya Akhi Amar, ana bikhair walhamdulillah, minal masjid ya Akhi”, balasku dengan yakin tidak yakin akan bahasa arabku.

“Macam mana sekarang? Orang rumah sihat?” soalku sambil mengangkat kedua kening.

“Alhamdulillah akhi, macam ni lah, sibuk sebagai pelajar, dan sibuk sebagai suami, penat! tapi penat yang berbaloi akhi!” jelasnya dengan wajah yang gembira.

“Jadi? Bergegas ni mahu kemana?”

“Sudah janji akhi, nak ambil Izzah balik dari kerja,15 minit lagi dia akan habis kerja, maaf akhi tak boleh berborak lama akhi”, terangnya.

“Tak apa, suami orangkan, akhi pun nak balik mahallah ni, nak ke kafe, lapar!”, balasku.

“Maassalamah akhi, in sha Allah nanti saya ‘text’ akhi, salam alaik ya akhi!”.

“Maassalamah wailalliqa’, waalaikumussalam”.

“Ceria sungguh!” gumamku sendiri.

Mengimbau kembali dua semester terdahulu, saat dia benar- benar sukar untuk membuat pilihan. Apa yang ditanggungnya cukup berat, kerana melibatkan hati manusia, dan semestinya dia tidak ingin melukakan hati mana- mana pihak, dan keputusan dia ini melibatkan masa depannya juga, berkahwin pada usia muda.

“Akhi, punya masa luang tak? Dengar cerita saya ini?”

“In sha Allah boleh, sepatutnya akhi memang ada kelas petang ni, tapi batal, ‘lecturer’ ke hospital, ada ‘appointment’ katanya”. 

Secara tidak sengaja aku berjumpanya di bahagian belakang masjid, dia hanya bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa pun dengan wajah yang agar muram. Salam yang ku ucapkan ke atasnya sebentar tadi di jawabnya hanya dengan senyum hambar. Wajahnya sahaja sudah melihatkan dia sedang memikiran sesuatu, ada sesuatu yang membebani fikiran dan hatinya.

“Jujur akhi, saya rasa bersalah sekarang ini”, dia memulakan bicara.

“Bersalah? Bersalah apa Amar?”, tanyaku semula mewujudkan komitmen aku dalam mendengar.

“Begini, sebelum saya masuk ke UIA ni, saya memang punya seorang kawan, teman perempuan yang  bukan sekadar teman biasa, itu yang boleh saya katakan, kerana boleh dikatakan dahulu kami setiap hari berbalas mesej, dan wujud perasaaan yang lebih dari sekadar kawan, ‘couple’ saya”, ceritanya.

“Jadi?”, tanyaku tanpa mewujudkan sebarang spekulasi yang kurang baik.

“Saya cerita dahulu siapa perempuan ini sebenarnya, dia rakan sekelas saya ketika di form 6 dahulu, dia seperti kebanyakkan perempuan biasa, tidak seperti muslimah yang berada di UIA ni, dia hanya berjilbab kecil pada asalnya, tapi mungkin kerana jatuh hatinya pada saya, dan juga hidayah yang datang dari Allah, dia semakin hari semakin banyak berubah. Dari jilbabnya yang kecil dahulu, dia sudah mengenakan jilbab yang semakin labuh, sarung kaki dan ‘hand shocks’ juga dipakainya, menjadikannya setanding dengan muslimah yang berada di UIA ini, perubahan demi perubahan itu menyebabkan kami mula sedar akan kesalahan kami dalam berkawan ini, bukan cara yang dikehendaki oleh islam, kebetulan dia yang kini berada di USM dan saya yang berada di sini, kami sepakat mengambil kata putus, hanya fokus pada pelajaran dan berjanji akan bertemu di satu titik pada akhirnya selepas habis belajar, in sha Allah dengan bernikah”.

“Alhamdulillah, jadi?”

“Yang menjadi masalahnya sekarang ini adalah saya Akhi”, sambil menundukkan kepala.

“Kenapa pula?", soalku kehairanan.

“Saya bersalah sebab menduakan dia, saya tak sengaja berkawan dengan seorang senior, yang saya kenal sewaktu minggu taaruf seawalnya saya di sini, dan kami kerap juga kami berbalas mesej bagi mengenal hati budi masing- masing, tanpa kami sedar hampir satu sem lebih kami bertukar- tukar cerita dan berbalas mesej tanpa bersua muka, mengikis jarak diantara kami, jarak antara senior dan junior itu tidak ada lagi".

“Dan sebulan yang lalu, satu mesej menjengah kedalam ‘inbox’ e-mail saya, akan kesedianya untuk menjadi zaujah kepada saya dan sanggup menunggu hingga saya habis belajar. Saya dilamar terus melalui e-mail ini, kerana di pihak muslimah itu, dia telah memberitahu pada keluarganya akan dia punya calon suami, yakni saya, dan di akhir e-mail itu, dia menegaskan untuk tidak bermain mesej melainkan hal- hal yang penting sahaja bagi menjaga hubungan ini dan hanya menantikan keputusan yang positif dari pihak saya pula”, ceritanya terperinci.

“Pada mulanya saya rahsiakan kisah saya dengan senior itu daripada pengetahuan yang di USM itu, tapi kerana e-mail itu, saya tekad untuk berterus terang dengannya, saya ceritakan kisah kakak senior itu padanya, dan saya ceritakan juga pada dia mengenai e-mail yang saya terima itu, dia menangis akhi, saya cukup rasa bersalah pada dia, bersalah tidak jujur, tidak setia dan malah menipu lagi. Sememangnya hati saya lebih berat kepadanya, kerana sudah lama kami berkawan, tapi senior itu juga muslimah yang baik, saya buntu akhi.”, terlihat keluhan dari wajahnya.

Kini yang datang padanya adalah dua muslimah, yang menjadikan dirinya itu susah untuk membuat keputusan adalah kerana perlu memilih yang terbaik diantara dua yang terbaik ini. Melalui penceritaannya, kedua- duanya mempunyai keistimewaan yag tersendiri padanya, keduanya menyenangkan dirinya, dan cukup memenuhi kretiria yang sememangnya diidamkan oleh dirinya, itu yang dapat aku lihat. Tapi dia sedar akan ketamakkannya dalam perkara ini, itu yang ingin dia selesaikan. Tidak mahu terus menerus menyiksa mana- mana pihak.

Melihat jam di tangan, suku daripada 60 minit lagi akan masuknya ‘asar.

“Ok, pendapat akhi ini simple sahaja, dan mungkin juga sekadar mengularkan kembali pengetahuan amar mengenai perkara ini, akhi sekadar rumuskan sahaja, kerana sekit lagi akan masuk ‘asar,” ucapku.

“Amar, mendengar cerita Amar ini, akhi faham perasaan kamu, bersalah dan tersepit diantara dua muslimah yang baik ini, yang betul- betul baik dan taat kepada Allah s.w.t. dan sudah menjadi kebiasaan dan fitrah manusia itu sendiri di mana kita ini sentiasa khilaf dan tamak dalam apa jua perkara. Tidak pernah dan puas hati dalam apa nikmat yang Allah berikan pada kita. Tapi Alhamdulillah Amar segera sedar akan khilaf itu, itu yang baiknya”.

Dia hanya terdiam, menantikan sambungan pendapatku.

“Bagi masalah pemilihan diantara dua perkara atau dua insan ini, akhi nasihatkan agar kamu sujud menghadap Allah, yakni istikharah. Serahkan diri kepada Allah dalam apa sahaja hal yang sedang kamu hadapi ini, serahkan pada Allah akan dua pilihan dan kesulitan bagi kamu untuk memutuskan yang terbaik diantara dua yang terbaik ini. Kita ini hamba, selain fitrah khilaf dan tamak itu, bertuhan juga adalah fitrah kita, maka baliklah kepadaNya dalam apa jua keadaan dan kesulitan, iaitu dalam gembira pun kita menghadapnya, dalam susah lagilah kita gandakan pengaduan kita ini.”

“In sha Allah akhi, terima kasih atas jalannya, saya akan usaha, meminta pilihan yang terbaik daripadaNya, apa- apa nanti saya akan ‘text’ akhi”, reaksinya terhadap nasihatku sebentar tadi.

“Ok, mesej je, in sha Allah akhi balas”, balasku bersahaja.

Azan ‘asar yang berkumandang, mengakhiri perbualan diatara kami.

*******************************************************************************

Selang tiga hari selepas pertemuan kami di masjid dahulu, aku menerima ‘mesej’ dari Amar.

“Akhi, saya dah buat istikharah tiga hari berturut, dan seringkali saya mendapat petunjuk seakan untuk memilih Muslimah yang senior itu akhi, tapi hati saya lebih kepada muslimah yang berada di USM itu”.

“Istikharah lagi, cukupkan seminggu” ‘sending message’.

Seminggu berlalu selepas pertemuan kami di masjid itu, sekali lagi mesej dari Amar yang ku terima.

“Sama akhi, wajah senior itu semakin kerap menjengah ke minda, tapi saya betul- betul harapkan yang di USM tu akhi”.

“Cukupkanlah sebulan akan istikharahnya, kerana ia melibatkan masa depan, teman hidup, jadi janganlah terburu- buru, dan selepas itu buatlah keputusan yang muktamad”. ‘sending message’.

Sekali lagi kami berjumpa di masjid, setelah menerima mesej darinya untuk berbincang, katanya ada perkara yang ingin diminta pendapat dan aku hanya menyanggupkan sahaja, masa sebulan yang aku cadangkan padanya berlalu begitu sahaja.

“Akhi Alhamdulillah, saya mampu istiqamah dalam membuat istikharah dalam masa sebulan ini dan masih, wajah kakak senior itu yang kerap menjegah ke minda saya walaupun hati saya masih mengharapkan yang di USM itu”. Ceritanya ringkas.

“Amar, akhi hanya berkata berdasarkan apa yang kamu katakana. Sebulan itu adalah temoh untuk kamu mengharap benar- benar akan petunjuk dari Allah s.w.t. dalam erti kata lain membiarkan Allah yang menentukan pilihan buat kamu, bila istikharah ini berlansung, bermakna kamu telah meminta kata akhir dariNya, dan kata akhirnya adalah kakak senior itu, itulah hasil dari istikharah kamu itu. Setelah kamu meminta pertolongan dariNya dalam memudahkan pilhan, dan Dia telah memberikan petunjuknya atau jawapannya, masih kamu ingin tolak akan pertolongannya? Kerana itu akhi sarankan agar sebulan, supaya kamu bersiap sedia menerima sebarang kebarangkalian keputusan dari Allah s.w.t.”

“Ambil pengajaran dari ayat ini Amar,

"Dan dialah yang menciptakan tiap- tiap suatu lagi menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdirnya yang sempurna," Al-Furqan ayat 2.

Allah tidak akan memberikan sesuatu yang tidak baik pada hambaNya, biar pun pada masa kini baik pun pada masa hadapan. Ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas hambaNya adalah berdasarkan keupayaan dan kemampuan kita, suka juga akhi ingatkan mengenai  luh mahfuz yang sedia ada Amar faham akannya, telah tertulis di sana akan kehidupan kita di dunia dan di akhirat kelak, siapa jodoh kita, dan apa rezeki yang akan kita perolehi sepanjang kehidupan kita berlansung, semuanya telah ditetapkan oleh Allah Azzawajallah, jadi fikirkanlah.

"Allah akhi, degilnya hati ini".

"Amar, yakin akan ketentuanNya, percaya pada perancanganNya, setelah kita berusaha dalam segala hal, dan telah pun kita pasakkan doa yang menggunung pada Allah, maka diakhir segala usaha itu adalah tawakkal, yakni berserah diri kepada Allah s.w.t." seringkasnya pesananku kepadanya.

"Jazakallah akhi", kepalanya menunduk, esakan terdengar darinya.

*******************************************************************************

Cuti semester, sekali lagi aku terima pesanan ringkas dari Amar, mesejnya yang penuh barakah itu membuatkan aku senyum sendiri, 'menjemput akhi sekeluarga ke majlis pernikahan Amar Yassar dan Nurul Izzah @ muslimah senior .........".

"BarakAllahu lakuma wa barakah, wajama'a 'alaikuma fii khair", doaku buat Amar dan pasangan hidupnya.

Ku lajukan lagi langkah untuk pulang ke mahallah, hilang rasa laparku yang tadi. Sepanjang perjalanan aku tersenyum mengenangkan kegembiraan Akhi Amar dengan pilihan Allah yang telah pun dijadikannya pilihan hatinya, dan aku? Aku masih menanti, bukan tak ingin mencari, tapi biarkanlah dahulu, selesai 'degree' ini terlebih dahulu, in sha Allah akan aku fikirkan, seketika ini, ibunda dan ayahanda menjadi raja dan permaisuri dihatiku.












23/02/2013

"NILAI KASIHMU"




“Man, abah nak tanya ni, macam mana nak buat soal hajat?” soal Abah dengan wajah yang agak resah.

Pertanyaan Abah mengubah riak wajahku, soalan abah yang agak pelik itu menimbulkan pelbagai soalan di dalam fikiranku, dan hati ini lebih tertanya- tanya akan tujuan solat hajat itu, tapi ku tangguhkan.

“Ada baiknya aku jawab soalan abah terlebih dahulu, kemudian baru aku tanya akan tujuannya solat hajat ini”, nasihat si hati.

“Solat hajat mudah Abah, seperti solat sunnat yang biasa, dua rakaat satu salam, surahnya pula adalah al-Fatihah dan surah al-Kafirun pada rakaat pertama , bagi rakaat yang kedua pula al-fatihah dan surah Al- Ikhlas, kemudian di sujud yang terakhir sebelum salam tu, mintalah hajat di dalam hati, kemudian tahiyyat dan salam dan doa, doa akan hajat kita itu sekali lagi, senang je abah”, jawabku seringkas mungkin dengan erti kata lain supaya Abah mudah faham cara melakukannya.

“Tapi, atas niat apa Abah?,” aku suarakan terus apa yang terbuku dihati.

“Abah ingat nak buat solat hajat, buat untuk diri sendiri, supaya kesihatan abah sentiasa elok, anak- anak abah nak belajar lagi, kalau abah sakit- sakit nanti, macam mana abah nak cari duit, nak bagi duit pada korang nanti”.

Aku terdiam, kali ini benar- benar aku terdiam, diam yang bukan aku sengajakan. Di hadapanku kini seorang ayah, ayah yang banyak berkorban demi aku sejak kecil lagi. Seorang ayah yang menyuarakan perasaan dan niat murninya kepada anaknya, hasrat hanya ingin sihat sentiasa demi anak- anaknya, apa reaksi yang harus aku berikan? apa yang harus aku rasa?

 Aku anak mak, sememangnya aku lebih rapat dengan Mak berbanding  Abah. Kebanyakkan perkara akan ku datangi mak terlebih dahulu berbanding abah, tapi tidak bermakna aku mengetepikan Abah dalam sebarang hal, kerana Abah tetaplah ketua keluarga, ‘head of the family’ tapi maklah sebagai orang tengahnya. Tidaklah pula abah mengetepikan aku dalam sebarang perkara, tidaklah pula Abah mengetepikan segala kemahuan aku.

Mengingatkan kembali apa yang Abah buat untuk aku sebagai anak, pernah sekali sewaktu aku dan Mak dihari terakhir kami berpuasa enam, rancangan aku dan Mak adalah untuk ‘berhari raya’ sekali lagi bagi puasa enam kami yang akan selesai ini.

“Mak, apa kata kita buat lemang jagung?” cadangku pada Mak.

“Lemang? Jagung lagi? Macam mana nak cari masa sekarang ni Man?”, jawab Mak.

Mungkin juga agak susah, maklumlah ini adalah minggu akhir bulan Syawal, kebiasaannya sudah tiada lagi orang menjual buluh lemang, jagung pula nak tak nak kenalah dibeli di tempat lain, mungkin pekan yang terdekat ada, itu pun kalau bernasib baik adalah jagung tu nanti, jika tidak, haruslah ke pekan yang lebih jauh di hadapan. Terpaksa aku meneguk air liur membayangkan makanan kegemaran aku yang agak mustahil aku dapatkan itu.

“Ek? Tak ada ker Mak? Hurmm, tak palah kalau macam tu”, balasku tanpa sedikit pun terasa, kerana aku tahu andai mudah pasti Mak akan masakkan untuk aku.

Seawal pagi esoknya aku kehairanan bila melihat mak mengambil daun pisang diluar. Melihat di bucu dinding telah siap buluh- buluh lemang dibasuh dan jagung juga sudah pun siap diasingkan.

“Mak, mana dapat Mak?” soalku dengan perasaan yang bercampur hairan dan terliur.

“Abah Man”, jawab Mak singkat.

Allah, rupanya Abah yang sedang baring diruang tamu semalam memasang telinga akan perbualan anak dan maknya. Abah yang ku sangkakan tidur itu pada petangnya masuk ke hutan semata- mata untuk mencari bulu lemang, dan jagung pula, abah bernasib baik kerana pekan terdekat masih ada menjual jagung, tidak perlu Abah pergi jauh. Ini Abah, sedaya upaya memakbulkan apa sahaja permintaan anaknya semampu dirinya.

“Nanti kalau Mak tanya, cakap Abah keluar sekejap, nak jumpa pakcik Rashid kamu” pesan Abah sambil berlalu turun.

Ingatan aku termati disitu, mata yang berkaca tadi terus deras mengalir. Agak lama ditahan, kerana tidak mahu menangis di hadapan Abah, masih tinggi egoku sebagai anak, ego aku dengan Allah pula bagaimana?

"Abah! Kamilah saham buat Abah dan Mak!", tegasku di dalam hati, dan esakku masih tidak berhenti.

“Ya Allah, ampunilah dosa- dosaku serta dosa kedua ibu- bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil”, pintaku.

Segera ku sapu air mataku, TV dimatikan, terus aku berlari meniti tangga bagi melihat ibuku yang berada di bawah pula.

*******************************************************************************

#“ya Allah, gusarnya aku andai doa- doaku buat kedua ibu- bapaku tidak didengari olehmu, gusarnya aku andai kederhakaan yang aku lakukan padaMu, mereka yang menerima balasannya, ya Allah aku ini anak, aku ini hamba, aku ini jugalah harapanMU dan Engkau jualah sebesar- besar harapanku”

16/02/2013

"KERANA SABAR AKU DI SINI"


“Kau cakap senanglah Zarith, kau tak kena apa yang aku kena!”, Bentaknya.

Merah padam mukanya menahan marah. Aku sendiri sebagai sahabat rapatnya belum pernah melihat amarah dia yang sebegini, dia bukan  Wali yang selalu tersenyum dan bergelak ketawa dalam segala hal, kebiasaannya dialah yang  selalu didatangi sahabat, tempat mengadu, kerana dialah yang paling positif diantara kami.

“Aku faham Wali, aku faham apa yang kau rasakan sekarang ni”, pujukku.

Aku cukup faham akan masalah yang dihadapi oleh sahabat aku yang seorang ini, hatinya terluka, hatinya sakit mengenangkan apa yang telah terjadi pada dia. Jika aku di tempat dia, aku juga tidak tahu apa yang akan aku lakukan.

Tapi, tugas aku kali ini adalah untuk mempositifkan dia, bukan menambahkan lagi kemarahan dia. Harus aku cuba sedaya upaya membawa lari dirinya dari kemelut masalah ini.

“Dia ada di saat aku hampa dan tak terdaya dulu, tak kan sekarang ni aku nak tinggalkan dia, saat dia perlukan seseorang untuk mengadu”, gumamku.

Mengingatkan pada keadaan aku dahulu, dialah yang cukup setia dengan aku. Apa yang aku hadapi dulu boleh dikatakn tidak ringan, hingga aku tidak boleh fokus pada kuliah aku ketika itu, tapi dia yang banyak membantu, menasihatkan aku dalam segala hal, hinggakan kuliah yang aku tidak hadir, dia juga yang menduakan semua nota bagiku. Cukup aku terkesan akan cara dia bersahabat.

“Macam mana aku tak marah, dia mainkan aku macam tu jer! Dia ingat aku tak da hati ker? Ingat aku patung? Paling tak, dia boleh jujur dengan aku yang dia ada orang lain, tak perlu buat aku ternanti- nanti macam orang dungu!”

“Zarith, kau ada dengan aku kebanyakkan masa bukan? Kau pernah lihat aku main mesej dengan perempuan lain? Bertelefon sana- sini? Keluar dengan perempuan itu, perempuan ini? Pernah?!" tambahnya lagi.

Aku biarkan dia melepaskan semua yang terbuku dihatinya terlebih dahulu, biarkan dia lunaskan segalanya. Sedaya upaya telinga aku memasang sepenuhnya perhatian pada apa yang ingin dia luahkan. Menangkan hati seseorang terlebih dahulu, ini yang selalu aku amalkan.

“Memang aku dah syak, dia ada orang lain, aku pernah tanya pada dia dulu, tapi dia tak pernah nak jujur Zarith, kau nak aku jadi baik macam mana lagi Zarith? Kau cakap! Tak baik ker aku ni?” menunjukkan bengangnya yang teramat.

Diam seketika, aku sendiri tersentuh dengan apa yang dia rasa sekarang ini, Wali ni bukanlah seperti lelaki kebanyakkan, cukup setia walaupun ramai perempuan yang datang padanya. Dia betul- betul harapkan perempuan itu menjadi isterinya, hinggakan dia sanggup kerja siang dan malam, mengumpulkan duit semata- mata untuk berkahwin dengan segera dengan perempuan pilihan hatinya itu. Kini harapannya hancur, lebur begitu sahaja.

“Wali, ingat tak pesan kau pada diri aku ketika aku ada masalah dahulu?” memulakan giliran aku berbicara.

“Pernah kau ingatkan aku Wali, bahawa sabar itu bukanlah di tengah, mahupun diakhir sesuatu ujian itu, tapi diawalnya ujian tersebut. Andai seseorang itu menerima ujian, dia terus memaki hamun, dan mengeluh lalu kemudiannya  dia beristighfar akan keterlanjuranya itu, maka dia sebenarnya bukanlah orang yang penyabar, kerana seharusnya orang yang bersabar itu, pada awal ujian yang diterima olehnya, dia terus beristighfar dan ingat akan Allah tanpa melatahkan sebarang marahnya baik dalam bentuk hati,lisan dan perasaan. Inilah sabar yang mutlak”, mengulang kembali apa yang pernah dia perkatakan dahulu.

“Zarith, aku ini manusia Zarith”, balasnya perlahan dengan mata yang mulai berkaca.

Bukan main- main lukanya hati si Wali ni, seorang perempuan mampu merubah seorang yang periang menjadi muram sebegini. Betul kata sajak yang pernah aku dengar dahulu, ‘cinta itu mampu mengubah arak menjadi cuka’.

“Sudah menjadi cuka sahabatku ini, parah, hurmm”, gumamku sendiri.

“Jadi aku bukan manusia? Begitu?”

“Kau manusia, tapi kau tak punya hati, hehe”, senda Wali.

Paling tidak dia mampu gelak, tak banyak, sedikit.

“Banyaklah kau! Haha”.

“Antara semua pujukan kau dahulu, yang paling membekas dihatiku adalah pesan kau mengenai Rasulullah s.a.w. ‘Selalulah kita bandingkan ujian yang sedang kita hadapi ini dengan ujian yang Baginda Muhammad s.a.w. hadapi, ini yang kau perkatakan sewaktu aku bermasalah dahulu”, mengingatkan dia kembali.

Harus aku ungkap akan sirah Rasulullah, menghidupkan kisah Rasulullah dalam dirinya.

“Bagi kes kau ni, kau bayangkan kesedihan yang dihadapi oleh Baginda Muhammad s.a.w. sewaktu kematian isteri tercintanya, yang begitu setia padanya dalam apa jua keadaan, yang banyak membantu Baginda dalam memperjuangkan Islam, betapa murungnya hati Muhammad s.a.w. atas pemergian isteri tercintanya Saidatina Khodijah”.

“aku tahu akan ‘sirah’ itu, tapi dia itu Rasulullah, aku hanya manusia biasa, malah Allah memujuk baginda lagi”. Jawabnya.

Pengetahuannya memudahkan aku untuk bercerita lanjut. Tak perlu aku menghabiskan masa dalam menerangkan satu- persatu kepadanya.

“Kau hanya tahu akan sirah itu, tapi tidak mengambil pengajaran darinya! Kerana dia Rasulullahlah kita perlu menjadikan dia itu contoh yang terbaik buat kita. Bayangkan dia kehilangan seorang ‘isteri’ dan kau hanyalah kehilangan seorang perempuan yang belum tentu menjadi isteri kau, hanya seorang perempuan yang hanya lebih sedikit berbanding perempuan kebayakkan yang lain dan bukanlah seistimewa sebagai seorang isteri! Ini yang membuatkan kau berduka cita? Bermuram durja?” kali ini aku sedikit tegas.

“Dan seharusnya kau yakin akan datang pujukan Allah untuk kau pula!” tambahku lagi.

Meluas bola matanya, menampakkan genangan air matanya, seakan terkena tamparan akan kata- kata aku, penegasan aku ternyata menarik hatinya yang sedang terluka itu. Dia terdiam.

“Wali, kau lupa bukan, kau lupa akan pesan kau kepada aku, ‘tanpa kesabaran, Islam sudah tentu tidak akan sampai kepada kita’, ini yang kau selalu sebut  dahulu. Andai Rasulullah tidak punya kesabaran, andai sahaja Baginda putus asa setelah dicemuh, dibaling batu, dibaling najis kepada beliau, dikencam untuk dibunuh, kau rasa bagaimana? Kita akan miliki Islam seperti yang kita punya sekarang? Boleh sahaja Rasulullah s.a.w.berputus asa, tidak perlu pergi berperang , bermandikan darah, menghunus pedang di padang pasir yang panas, dan biarkan sahaja Islam itu terkubur, boleh sahaja Baginda buat begitu, tapi itu bukanlah sifat Baginda, kesabaran Baginda atas apa sahaja ujian yang dihadapinya itu dan sabar atas sifat umatnya dahulu  yang membuatkan Islam sampai kepada kita saat ini”.

"Dan dengan sabar inilah, akan datang jodoh yanng terbaik untuk kamu Wali". 

“Allah, aku khilaf akhi, aku terlalu jatuh cinta pada manusia! Aku khilaf akhi”. Kali ini air matanya terus mengalir.

“Wali, apa yang aku katakan ini, semuanya dari kau sebenarnya, semuanya dari pesan- pesan kau yang lalu pada diriku, aku hanya mengingatkan kau kembali apa yang telah kau perkatakan, maafkan aku andai kau terasa”.

“JazakAllah akhi”, sambil mengesat air mata.

*******************************************************************************
# "manusia itu kebiasaanya diuji dengan dua perkara, apa yang diperkatakan olehnya dan orang yang disayangi olehnya" Ustaz Pahrol

# "yaAllah, jangan kau letakkan dunia dihatiku, tapi letakkanlah dunia ditanganku agar dapat aku mengubahnya" Kang Abik Habiburrahman






12/02/2013

"AKU SI PENCURI HATI"



“Kau memang suka dia kan Razy?” usik Aman.

“Apa yang kau merepek ni Aman! Serkap jarang ni!” dalihku.

Sesekali aku mengerling ke arah meja yang betul- betul berada di pukul 12. Walaupun agak tidak berapa jelas akibat dihalang oleh jasad dan kepala manusia yang lain, tapi desakan perasaan yang berbunga membuatkan aku berusaha lebih gigih, sesekali tengkukku dipanjangkan. 

“Sikit pun jadi, daripada tak nampak lansung,” senyumku sendiri.

“Ha! Kan kau ‘wusha’ dia lagi! Aku bajet kau ni dah kemaruk la, parah kau ni!”

“Kau ni Aman, ada- ada saja, mana ada la, tengok jer pun, bukan apa pun, sekadar minta melihat cipta Allah s.w.t. jer, tu jer, tak lebih dari tu,hahaha”.

Benar- benar cantik bagiku ciptaan Allah s.w.t. yang sorang ni, berjilbab labuh, merapikan seluruh anggota yang haram dilihat oleh orang yang bukan mahramnya, teliti dalam pemilihan pakaian, tidak ketat dan tidak terlalu longgar, cerdik! Amat cerdik dalam menggayakan diri sebagai muslimah dan hamba Allah, yang terlihat hanya wajah yang telah pun dipahat oleh pencipta secantik- cantiknya.
Pandangannya tidak terlalu mendongak,tunduk melihat bumi, yang nampak hanya anak mata yang mengerling seketika memerhatikan suasana sekitar. Kadangkala dia senyum dan gelak kecil ketika bergurau senda dengan kawan- kawannya, itu menampakkan susun atur giginya yang cantik, persis wajahnya. Kaca mata berbingkai hitam menaikkan lagi seri wajahnya sebagai wanita yang terpelajar.

“Kau mengelamun apa lagi tu la Razy? Bermimpikan dia menjadi zaujahmu ker? Hahaha”.

“Ish kau ni, mana ada! Tengok jam pukul berapa dah Aman, cepat habiskan nasi tu, setengah jam lagi nak zohor sudah”. Aku Membuat alasan.

Memang kebiasaanya kami akan ‘lunch’ di kafe HS ni, kerana tak sempat untuk pulang makan di kafe Mahallah yang agak jauh dari Kulliyah ku.

“Kau yang tak tengok nasi, asyik tengok ke meja seberang sana, salahkan aku pula? Kalau ikan tu boleh bercakap, percaya lah, dia merayu supaya kau makan dia, bukan tengok perempuan, hahaha” senda Aman.

“Aku makan, kau makan, dua- dua diam, cepat!”. Aku sedikit tegas, mematikan jenaka si Aman itu.

Memandangkan aku masih di tahun pertama pengajianku, Aman inilah antara sahabat yang rapat denganku, kebetulan kami berkongsi kulliyah yang sama, Kulliyah Ilmu Wahyu, jadi kemana pergi memang kami sentiasa bersama.

“Aik, marah nampak”, perli Aman.

“Mana ada, dah la, makan ikan kau tu, karang ikan kau tu bercakap aku tak tahu, haha”, mengembalikan senyuman aku.

“Razy, aku nak cakap dan tanya kau sikit, terpulang pada kau lah nak jawab ke tak, boleh?” soal Aman.

“Apa lagi ni Razy? Tak puas kau mengusik aku ker? Tapi tak apa, kawan kan,hahaha! tanyalah”.

“Aku tahu sangat hati kau tu, aku kenal sangat, dah nak setahun lebih tahun kita berkawan, kau suka dia kan, sejak dari awal minggu taaruf dulu kau dah ‘aim’ dia, maksud aku lihat dia, malah dia antara budak perempuan yang selalu jadi topik kita setiap kali, tak kira tempat, baik di bilik, di kelas, di ‘library’  sampai time kita ber’joging’ hari tu pun tetap dia menjadi topik utama, jadi kenapa kau tak pergi ‘approach’ dia sahaja? Tanya dia betul- betul, kalau- kalau boleh jadi kawan dulu. Siapa tahu rezeki kau, kot- kot dia membalas cinta kau, hehe”.
   
Wah, Aman ni, tak sia- sia aku menganggap dia ni Akhi, benar, dia cukup faham akan aku, setahun lebih ni, cukup untuk buat dia betul- betul faham riak perilaku aku dan segalanya. Masakan tidak kami ini,  sebilik berlainan katil sahaja, sekelas berlainan bangku dan meja, mustahillah dia tidak faham aku.

“Tapi kalau sekatil itu, ceritanya lain sudah, hahha”. Tersengih ku sendirian.

“hurmmm, bukan tak mahu Aman,tapi tu lah…”

“Tapi tu lah apanya?”

“Sabar la, nak ambik ‘mood’ ni”.

“Begini, aku ada pegang satu prinsip dalam berkawan,antara lelaki dan perempuan, prinsip ini aku pegang dari dulu, sekarang dan insyaAllah sampailah aku kahwin”.

“Prinsip? Apa dia?”

“Gini, kalau boleh aku tak nak menjadi ‘pencuri hati’, aku benci jadi pencuri tu”.

“Ha? Tetiba je! Pencuri apa ni ‘Leman’? “ sambil menggaru kepala.

“Ok, aku terangkan, ini kes bagi orang belum berkahwin ok. Begini, ada muslimah yang sedia ada berada dijalan Allah, taatnya tidak berbeah bagi, cintanya kepada Allah bukan cinta- cinta biasa, dan bukan kepalang hebatnya, keseluruhan hatinya memang buat Allah, tidak dikongsikan dengan sesiapa pun, tiba- tiba datanglah seorang lelaki, yang ingin ‘stay’ muslimah itu, dan muslimah itu juga membalasnya”.

“Jadi?” soal Aman yang masih tidak berapa mngerti apa yang aku cuba sampaikan.

“Setelah muslimah itu tadi menerima cinta yang bukan mahram baginya, maka hatinya mula berbelah bagi, kita andaikan dengan menggunakan peratusan, kalau dulu antara dia dengan Allah adalah 100%, kini tinggal 70% sahaja kerana telah pun di’share’kan dengan si lelaki tadi. Kalau dulu setiap masalah akan terus ‘directly’ diadukan pada Allah, kini  lelaki ini akan muncul terlebih dahulu sebelum Allah, lelaki ini menjadi tempat mengadunya yang pertama dan Allah tiba- tiba jaduh di ‘2nd place’ di hatinya hanya kerana seorang lelaki yang telah mencuri hatinya.”

“Ha? Macam mana Aman, faham?" 

Berkerut kening si Aman, mungkin faham, mungkin juga tak, mungkin dia masih tak jelas dengan prinsip yang aku pegang tu.

"Sebolehnya aku tak ingin menjadi seorang lelaki yang tamak dan pentingkan diri sendiri, malah ‘nau’zubillah’ aku tak sanggup menjadi seorang perampas ‘kekasih Allah’, apa hak aku nak berlawan dengan Allah dalam perkara sebegini, berebut kasih lagi, tapi lainlah kalau aku betul- betul bernikah, terus bernikah, ini pasti mengembirakan muslimah itu, dan Allah juga meredhainya”.
Terdiam si Aman, macam memikirkan sesuatu.

“Ini hanya pendapat aku Aman, tak payah la nak ambik serius sangat, hehe” mematikan angan si Aman.

“Owh, tak pa, lain orang, lain pemahamannya terhadap sesuatu hukum dan keadaan, bagi aku pemahaman kau berbeza ini yang menarik, haha, tapi aku tetap berdoa, agar kau dengan dia atau pun muslimah yang lebih baik berdamping dengan kau nanti!”

“Amin ya Rabb…” serentak kami menyebutnya.

Tanda kami bersetuju dengan perkara yang sama.


 *******************************************************************************
#cinta Allah lah yang akan memelihara cinta- cinta yang lain.







10/02/2013

"KISAH DARI MIMPI"




“Aman, semalam aku bermimpi  ayah aku, dia menangis, dan terus menangis sambil memegang tangan aku” adunya.

Hampir 8 tahun ayahnya meninggal dunia. kebiasaannya dia cukup jarang menampakkan perassaannya yang sebegini. Kerana baginya lelaki itu tidak boleh nampak lemah dalam apa jua cara sekalipun. Mungkin kali ini dia benar- benar gusar.

“Jadi, apa yang kau rasakan sebenarnya sekarang Edy?”

“Tak tahu, macam- macam yang aku fikir,lepas mimpi tu aku terjaga, aku pula yang menangis, aku rasakan sesuatu, boleh ker kalau aku katakan ayah aku tak berapa tenang di sana Amar, aku rasa aku jauh sangat dah ni, lama sangat aku tinggalkan Dia?”

“Maaflah, aku pun bukannnya tahu sangat benda- benda macam ni, aku kurang arif, tapi aku punya pendapat sendiri, hurmm..”

“Apa dia amar? Aku dengar jer apa pun yang akan kau katakan.” Tegasnya.

Sejak di bangku tadika lagi kami bersahabat. Jadi kebiasaannya dia memang selesa menerima apa sahaja yang keluar dari mulutku. Andai ada yang menyinggung hatinya, akan aku segera meminta maaf, begitu jua dia, ini kami, dalam berkawan tidak mungkin tiada yang terluka ataupun terasa, tapi maaf,inilah penawar segalanya.

“Ini pendapat aku sahaja, bukan apa- apa, malah aku tak ada dalil atau pun nas- nas yang nak sokong pendapat aku ni ok. Begini, sebab itu aku tanya apa yang kau rasa tadi,andai kata dari mimpi itu, kau rasa kau kurang dalam hubungan kau dengan Allah sebelum ini, rasanya ada betul juga mimpi tu”.

“Maksud kau? Macam mana tu?”

“Sedia maklum syaitan antara makhluk yang di kurniakan Allah dengan perkara- perkara yang luar biasa, termasuklah mengetahui masa depan. Sebab itu kita akan kaitkan ahli nujum, tukang tilik itu seangkatan dengan syaitan, sebab itu menilik nasib itu adalah salah di sisi agama islam".

"Dari mimpi tu, kau rasa kau sangat jauh dengan Allah, andai kata dari mimpi ini kau berubah, lebih dekat pada Allah, lebih taat pada Allah, malah kau pula menjadi musuh ketat si syaitan itu dengan beriman kepada Allah, kau rasa syaitan akan untung? Syaitan akan dapat manfaat? ini yang aku rasa”.

Dia diam agak lama, mungkin memikirkan pendapat aku itu, kepalanya bergerak ke atas dan ke bawah, sekejap menghadap kelangit, sekejap lagi menghadap ke bumi, aku sendiri tidak tahu apa yang difikirkannya, tapi jelas riak wajahnya semakin suram.. 

“Hurm, mungkin ada betulnya, kau pun kenal aku kan, jauh dari Allah, agama lagi lah, aku memang tak tahu sangat, mungkin apa yang aku buat di dunia ini, ayah aku yang terima balasannya, siapa tahu, aku gembira di dunia, sedangkan dia dipalu begitu sekali”, ucapnya sambil mata berkaca.

“Edy, semua itu rahsia Allah, andai kita jauh, datanglah dekat, fitrah kita manusia ini akan selalu khilaf”.

"Amar, ajarkan aku mengaji" pintanya.

Aku hanya membalas permintaannya dengan senyuman.


“kita manusia yang penuh dengan khilaf, tapi kita punya Allah yang penuh dengan keampunan”.


#Hampir dua tahun kisah ini berlalu, Alhamdulillah dia bukan lagi Edy yang dahulu, benar- benar dia berubah. Dari yang tidak tahu mengaji, dalam sekejap sahaja dia sudah menguasai Al- Quran. kini dia sudah pun mula menjadi ‘hafiz’ sekarang. Masa yang dia ada kebanyakkannya diluangkan di sebuah Maahad tahfiz yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Benar ianya bermula hanya dari sebuah mimpi.

p/s: Al- Fatihah buat ayah sahabat di atas, arwah Pak Cik Abdul Rahman.


09/02/2013

"ESAK DALAM KETERLEWATAN"



Ya Allah, aku si tua,
Meraih cinta dalam keterlewatan,
Hidayah singgah dalam aku kelesuan yang tidak bermaya,
Yang mampu ku angkat hanyalah tangan,
Mengemis aku akan keampuanan,
Nyawa yang tinggal menjadikan ‘harap dan takut’ ini berlangsungan.

Ya Allah, aku si tua,
Air mata menjadi teman dalam perjuangan,
Senyuman menjadi kawan dalam kesabaran,
Ku rangkul sujud dan rukuk,
Lalu ku selitkan doa dan esak,
Kesalku akan dosa dan nista yang lalu.
                                   
                                    -hatiQawama-

“Hidayah itu harus dicari dan bukan di tunggu”

Pesan seorang ustaz dalam satu ceramah yang telah lama dahulu aku lewati.
Tarbiyah Allah ke atas kita hambanya ini ini pelbagai, ada yang merasai manisnya hidayah itu, ada yang di datangkan Allah itu hidayahnya dalam bentuk yang tidak kita sangka, pemergian orang tersayang, sakit yang tidak dapat diubati, gagalnya kita dalam sesuatu perkara, ini juga antara contoh bentuk hidayah Allah dam memberi kita semua ini tarbiyah atau perkenalan diriNya kepada kita yakni taruf antara pencipta dengan yang diciptakannya.

“Usai nyawaku, usailah taarufku denganMU”

Seharusnya kita manusia, sentiasa mengingati pencipta dalam apa jua perkara yang berlaku, baik yang manis mahupun yang pahit. Kerana setiap itu ada bahagian Allah didalamnya. Rezeki yang kita perolehi di dunia ini adalah HakNya yang dipinjamkan ke atas kita untuk kita bersyukur dan kembali kepadanya, tawaduk ke atas setiap apa yang kita perolehi.

Perkenalan antara kita dengan Allah, bukanlah hanya pada awal kelahiran kita, tatkala kita diazankan dan diiqamahkan, tapi ianya berlansungan sepanjang mana nyawa kita dijasad, akan terhenti kita berkenalan dengan Rabb pencipta kita adalah apabila nyawa kita diambil Allah kembali. Pada saat inilah ‘ice breaking’ kita dengan Allah terhenti dan di teruskan ke fasa yang seterusnya iaitu penerimaan pembalasan apa yang telah kita usahakan di dunia terdahulu.

Kita hanya hamba, yang tak pernah lari dari fitrah kita ini yang tidak sempurna. Tapi lupakah kamu akan fitrah kita yang satu lagi ini, yakni kita ini bersifat ‘baharu’. Maka usahakanlah taubatmu kembali, Allah wujudkan ‘pintu taubat’ sebagai salah satu daripada pintu- pintu syurga adalah kerana kita ini akan sentiasa berdosa. Tapi hendaklah kita sentiasa mengintai akan makrifah dan keampuanan.




08/02/2013

"AKU QAWAMAMU DAN KAU ZAUJAHKU"


"Jiwa ini muda, ingin bercinta, hati ini sepi, ingin berteman"

asalnya nama manusia, tetap ingin sayang dan disayangi, ini fitrah. tapi akan datang banyak perkara sebelum kita mengikut fitrah yang satu ini. fitrah yang satu ini haruslah dilandaskan pada syariat dan jalan Allah, supya ianya sentiasa mendapat mardatillah dari Allah s.w.t.
Kerana kita ini hamba, ada kasih yang lebih utama yang perlu kita cari, selain daripada kasih manusia.

"tidak mati aku kerana cinta manusia, kerana cinta Allah yang mematikan aku"

"wahai muslimah, bukan tidak ku inginkan kau sebagai zaujah, bukan tidak ku inginkan sebagai bidadari penyeri hidupku, malah aku inginkan kau menjadi ibu kepada putera dan puteriku kelak, menjadi penyeri dan secantik hiasan dunia di hatiku, turut aku doakan bahawa kau lah yang ku pimpin ke syurga, menjadi ketua diantara ribuan bidadari yang mendampingiku kelak (insyaAllah)".

Yakinlah akhiku, akan jodoh Allah yang akan menetapkan yang terbaik buatmu. Ianya bukanlah 'cinta biasa', ianya cinta yang 'luar biasa' yang dijanjikan Allah bagi orang yang benar- benar dijalanNya. 
 
"Aku Qawamamu dan Kau Zaujahku" 


"belum saatnya aku melafazkan cintaku" =)