“Aman, semalam aku bermimpi ayah aku, dia menangis, dan terus menangis
sambil memegang tangan aku” adunya.
Hampir 8 tahun ayahnya meninggal dunia. kebiasaannya dia
cukup jarang menampakkan perassaannya yang sebegini. Kerana baginya lelaki itu
tidak boleh nampak lemah dalam apa jua cara sekalipun. Mungkin kali ini dia
benar- benar gusar.
“Jadi, apa yang kau rasakan sebenarnya sekarang Edy?”
“Tak tahu, macam- macam yang aku fikir,lepas mimpi tu aku terjaga, aku pula yang
menangis, aku rasakan sesuatu, boleh ker kalau aku katakan ayah aku tak berapa
tenang di sana Amar, aku rasa aku jauh sangat dah ni, lama sangat aku
tinggalkan Dia?”
“Maaflah, aku pun bukannnya tahu sangat benda- benda macam
ni, aku kurang arif, tapi aku punya pendapat sendiri, hurmm..”
“Apa dia amar? Aku dengar jer apa pun yang akan kau katakan.”
Tegasnya.
Sejak di bangku tadika lagi kami bersahabat. Jadi kebiasaannya
dia memang selesa menerima apa sahaja yang keluar dari mulutku. Andai ada yang
menyinggung hatinya, akan aku segera meminta maaf, begitu jua dia, ini kami,
dalam berkawan tidak mungkin tiada yang terluka ataupun terasa, tapi
maaf,inilah penawar segalanya.
“Ini pendapat aku sahaja, bukan apa- apa, malah aku tak ada dalil
atau pun nas- nas yang nak sokong pendapat aku ni ok. Begini, sebab itu aku
tanya apa yang kau rasa tadi,andai kata dari mimpi itu, kau rasa kau kurang
dalam hubungan kau dengan Allah sebelum ini, rasanya ada betul juga mimpi tu”.
“Maksud kau? Macam mana tu?”
“Sedia maklum syaitan antara makhluk yang di kurniakan Allah
dengan perkara- perkara yang luar biasa, termasuklah mengetahui masa depan. Sebab
itu kita akan kaitkan ahli nujum, tukang tilik itu seangkatan dengan syaitan, sebab itu menilik nasib itu adalah
salah di sisi agama islam".
"Dari mimpi tu, kau rasa kau sangat jauh dengan Allah, andai kata dari mimpi ini kau berubah, lebih dekat pada Allah, lebih taat pada Allah, malah kau pula menjadi musuh ketat si syaitan itu dengan beriman kepada Allah, kau rasa syaitan akan untung? Syaitan akan dapat manfaat? ini yang aku rasa”.
Dia diam agak lama, mungkin memikirkan pendapat aku itu, kepalanya bergerak ke atas dan ke bawah, sekejap menghadap kelangit, sekejap lagi menghadap ke bumi, aku sendiri tidak tahu apa yang difikirkannya, tapi jelas riak wajahnya semakin suram..
“Hurm, mungkin ada betulnya, kau pun kenal aku kan, jauh
dari Allah, agama lagi lah, aku memang tak tahu sangat, mungkin apa yang aku
buat di dunia ini, ayah aku yang terima balasannya, siapa tahu, aku gembira di
dunia, sedangkan dia dipalu begitu sekali”, ucapnya sambil mata berkaca.
“Edy, semua itu rahsia Allah, andai kita jauh, datanglah
dekat, fitrah kita manusia ini akan selalu khilaf”.
"Amar, ajarkan aku mengaji" pintanya.
Aku hanya membalas permintaannya dengan senyuman.
“kita manusia yang penuh dengan khilaf, tapi kita punya Allah yang
penuh dengan keampunan”.
#Hampir dua tahun kisah ini berlalu, Alhamdulillah dia bukan
lagi Edy yang dahulu, benar- benar dia berubah. Dari yang tidak tahu mengaji, dalam sekejap sahaja dia sudah menguasai Al- Quran. kini dia sudah pun mula menjadi ‘hafiz’
sekarang. Masa yang dia ada kebanyakkannya diluangkan di sebuah Maahad tahfiz
yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Benar ianya bermula hanya dari sebuah mimpi.
p/s: Al- Fatihah buat ayah sahabat di atas, arwah Pak Cik Abdul Rahman.

No comments:
Post a Comment