Ya Allah, aku si tua,
Meraih cinta dalam keterlewatan,
Hidayah singgah dalam aku kelesuan yang tidak bermaya,
Yang mampu ku angkat hanyalah tangan,
Mengemis aku akan keampuanan,
Nyawa yang tinggal menjadikan ‘harap dan takut’ ini
berlangsungan.
Ya Allah, aku si tua,
Air mata menjadi teman dalam perjuangan,
Senyuman menjadi kawan dalam kesabaran,
Ku rangkul sujud dan rukuk,
Lalu ku selitkan doa dan esak,
Kesalku akan dosa dan nista yang lalu.
-hatiQawama-
“Hidayah itu harus dicari dan bukan di tunggu”
Pesan seorang ustaz dalam satu ceramah yang telah lama
dahulu aku lewati.
Tarbiyah Allah ke atas kita hambanya ini ini pelbagai, ada
yang merasai manisnya hidayah itu, ada yang di datangkan Allah itu hidayahnya
dalam bentuk yang tidak kita sangka, pemergian orang tersayang, sakit yang
tidak dapat diubati, gagalnya kita dalam sesuatu perkara, ini juga antara
contoh bentuk hidayah Allah dam memberi kita semua ini tarbiyah atau perkenalan
diriNya kepada kita yakni taruf antara pencipta dengan yang diciptakannya.
“Usai nyawaku, usailah taarufku denganMU”
Seharusnya kita manusia, sentiasa mengingati pencipta dalam
apa jua perkara yang berlaku, baik yang manis mahupun yang pahit. Kerana setiap
itu ada bahagian Allah didalamnya. Rezeki yang kita perolehi di dunia ini
adalah HakNya yang dipinjamkan ke atas kita untuk kita bersyukur dan kembali
kepadanya, tawaduk ke atas setiap apa yang kita perolehi.
Perkenalan antara kita dengan Allah, bukanlah hanya pada
awal kelahiran kita, tatkala kita diazankan dan diiqamahkan, tapi ianya berlansungan
sepanjang mana nyawa kita dijasad, akan terhenti kita berkenalan dengan Rabb
pencipta kita adalah apabila nyawa kita diambil Allah kembali. Pada saat inilah ‘ice
breaking’ kita dengan Allah terhenti dan di teruskan ke fasa yang seterusnya iaitu penerimaan
pembalasan apa yang telah kita usahakan di dunia terdahulu.
Kita hanya hamba, yang tak pernah lari dari fitrah kita ini
yang tidak sempurna. Tapi lupakah kamu akan fitrah kita yang satu lagi ini,
yakni kita ini bersifat ‘baharu’. Maka usahakanlah taubatmu kembali, Allah
wujudkan ‘pintu taubat’ sebagai salah satu daripada pintu- pintu syurga adalah
kerana kita ini akan sentiasa berdosa. Tapi hendaklah kita sentiasa mengintai
akan makrifah dan keampuanan.

No comments:
Post a Comment