“Kau tak bosan ker? Hidup sendiri sampai sekarang?”
Jemu juga aku menjawab soalan yang sebegini, manakan tidak,
rasanya hampir setiap kali bertemu dengan dia, soalan inilah yang paling kerap diajukan kepada aku.
“Kau dengan siapa sekarang?”
“Takkan lah sampai sekarang kau belum berpunya lagi? Musykil
aku, ker ko minat lelaki ni? Hahahha!”, sambil gelak besar.
Kalau orang lain yang cakap aku sebegini, pasti aku akan
marah, tapi nasib baiklah sahabat baik aku sendiri, Zarith yang sememangnya aku cukup masak
dengan guraunya.
“Belum, dan tiada siapa- siapa yang terfikir dalam hati aku
ini”. Jawab aku dengan bersahaja.
“kau biar betul, umur kita dah naik 23 dah, takkan xda awek
seorang pun? Risaunya aku tengok kau”.
“Risau? Apa yang kau risaukan ni Zarith?” sambil mengerut
kening, ragu sungguh aku dengan ‘statement’ yang diberikan si zarith tu.
“Mana aku tak risau, kau ni aku lihat, macam tak pernah
minat pada perempuan, sepanjang 7 tahun kita berkawan rapat ni, tak pernah
seorang nama perempuan pun yang kau sebut, kau nak cerita apatah lagi. Kau jangan Man, Nabi tak ngaku umat! Hahaha”.
“ini yang kau risaukan? Hahaha, aku tahu syurga dan neraka
tu wujud,aku tahu dosa dan pahala, aku masih mengharapkan syafaaat Nabi
Muhammad s.a.w. di akhirat kelak, kau ni agak- agaklah”. Balasku sambil ketawa.
“Jadi, Carilah teman, berbalas mesej, cari buah hati, untuk
bercerita dan meluahkan segalanya, keluar berjalan- jalan dengan kekasih,
tunjukkan yang kau tu tak minat pada lelaki, haha”
“aku tengok, telefon yang kau pakai tak nak kalah dari orang
lain, Samsung Galaxy sII, Blackberry lagi, tapi senyap semacam je ‘handphone’ tu”,
tambahnya lagi.
Kalau dibiarkan terus, beginilah perangai si Zarith ni,
sedaya upaya dia akan mengasak dan terus mengasak sehingga aku menjawab semua
soalannya tadi. Kebiasaannya aku memang akan mengalah, mungkin jua tak nak
menghampakan hati sahabat karibku ini. Memenangkan hati orang lain itu kan
lebih utama daripada hati sendiri, itu bagi aku.
“Zarith, kau sudah ada kekasih?” kali ini aku yang menyoal.
“ah kau,buat macam tak tahu pula, dah lebih lima tahun kami
berkawan kan”.
“jadi bila majlis perkahwinannya?”
“sudah ditetapkan tarikhnya?” soal aku mendesak kembali.
“errr, masih tidak tahu lagi, dalam perancangan, mungkin
tiga ke empat tahun lagi, degree aku pun tak habis lagi, nak cari kerja lagi,
kemudian baru fikir”. Balasnya dengan sahaja.
“kau yakin dia jodoh kau? Kau yakin dia yang akan menjadi
isterimu kelak? Berapa peratus keyakinan
yang boleh kau jamin, dialah yang akan menjadi bakal ibu kepada anak-
anak kau pada masa hadapan nanti?” gesaku lagi.
“Ish kau ni, aku yang tanya kau, kau tanya aku balik!”
“Kau jawab dulu soalan ‘simple’ aku ni, dan kau akan dapat
jawapan penuh dari aku nanti” pancingku.
“50 – 50 la, siapa tahu jodoh Allah Man”, jawapnya dengan
perlahan.
“ha! Tahu pun kau, berkawanlah berapa lama sekalipun, belum
tentu dia menjadi isteri kau kan, hahaha”
“maksud kau? kau doakan buruk aku dengan dia ke?"
“Bukanlah, kau ni. Begini, bukan aku tidak ingin berusaha dalam perkara jodoh
ini, tapi tertakluk kepada keadaan dan masa, dalam keadaan dan masa, aku yang
baru memulakan ‘degree’ ini, kau rasa berapa lama aku akan ke jinjang pelamin?
Aku akan habis belajar ni mungkin dalam 4 tahun, kemudian mencari kerja, andai
kata rezeki aku bagus, aku cepat dapat kerja,tapi kenalah tunggu ekonomi aku
stabil dulu, mungkin paling kurang memakan masa 6 ke 7 tahun”.
“Jadi?” gesanya lagi.
“Jadi, kalau aku sudah punya kekasih sekarang ini, dia
terpaksa menunggu sampai 7 tahun baru kami akan berkawin, lama tu!”.
“Alah, kawan jer dulu, kalau cinta, lama mana pun boleh
tunggu”.
“Aku ini lelaki, seperti kau juga, dalam tempoh tujuh tahun
ini macam- macam boleh terjadi. Selama mana aku mampu bertahan untuk tidak
melakukan sebarang perkara yang mengundang dosa? Mengundang zina? Sekecil-
kecil zina adalah zina hati, kau rasa apabila hati dah cinta, tidak akan
terkenang- kenang dihati?. Buat hati aku berubah, di paling Allah, aku mula
tidak menjaga batas- batas pergaulan, aku mula berpegangan tangan dan segala-
galanya macam mana?”
“Bernasib baiklah kalau kami akan sampai juga ke jinjang
pelamin, tapi andainya jodoh kami tiada, kami tidak berkahwin,mungkin dia ada
pilihan lain, dan mungkin juga aku akan berkahwin dengan orang lain, kau rasa
bagaimana dosa kami akan terhapus? Dosa- dosa sewaktu kami ber’couple’ dulu?”.
“Allah kan maha pengampun”, balasnya sambil tersengih.
“Bukan semudah itu dosa terhapus, orang yang sudah tahu
perkara itu berdosa, maka dia terus mengulang- ulang perkara itu, hanya
mengundang murka Allah sahaja”.
“Zarith, hanya kerana aku tidak ber’couple’, aku dilabelkan
orang yang menyukai lelaki, bukan! Tapi aku lebih takut hukum Allah. Belum tiba
masanya aku ke arah itu, belum masa juga aku punya teman hidup. Kalau aku ingin
berteman pun, aku akan pilih jalan nikah, dimana aku punya ‘zaujah’ yang akan
menemani aku dijalan Allah, 100% aku yakin dia halal, berpegang segalanya,
seluruh dirinya, tubuhnya, hatinya,milik aku tanpa halangan dan dosa dari Allah
malah mendapat ganjaran dariNya". Sambil mengaminkan segalanya di hati.
“Jadi, aku ini macam mana pula?”
“Tepuk dada, tanya iman”. sambil pergi meninggalkan dia.

No comments:
Post a Comment