“Kau memang suka dia kan Razy?” usik Aman.
“Apa yang kau merepek ni Aman! Serkap jarang ni!” dalihku.
Sesekali aku mengerling ke arah meja yang betul- betul berada di pukul 12. Walaupun agak tidak berapa jelas akibat dihalang oleh jasad
dan kepala manusia yang lain, tapi desakan perasaan yang berbunga membuatkan aku berusaha
lebih gigih, sesekali tengkukku dipanjangkan.
“Sikit pun jadi, daripada tak nampak lansung,” senyumku
sendiri.
“Ha! Kan kau ‘wusha’ dia lagi! Aku bajet kau ni dah kemaruk
la, parah kau ni!”
“Kau ni Aman, ada- ada saja, mana ada la, tengok jer pun,
bukan apa pun, sekadar minta melihat cipta Allah s.w.t. jer, tu jer, tak lebih
dari tu,hahaha”.
Benar- benar cantik
bagiku ciptaan Allah s.w.t. yang sorang ni, berjilbab labuh, merapikan seluruh
anggota yang haram dilihat oleh orang yang bukan mahramnya, teliti dalam
pemilihan pakaian, tidak ketat dan tidak terlalu longgar, cerdik! Amat cerdik
dalam menggayakan diri sebagai muslimah dan hamba Allah, yang terlihat hanya
wajah yang telah pun dipahat oleh pencipta secantik- cantiknya.
Pandangannya tidak terlalu mendongak,tunduk melihat bumi,
yang nampak hanya anak mata yang mengerling seketika memerhatikan suasana
sekitar. Kadangkala dia senyum dan gelak kecil ketika bergurau senda dengan
kawan- kawannya, itu menampakkan susun atur giginya yang cantik, persis
wajahnya. Kaca mata berbingkai hitam menaikkan lagi seri wajahnya sebagai
wanita yang terpelajar.
“Kau mengelamun apa lagi tu la Razy? Bermimpikan dia menjadi
zaujahmu ker? Hahaha”.
“Ish kau ni, mana ada! Tengok jam pukul berapa dah Aman, cepat
habiskan nasi tu, setengah jam lagi nak zohor sudah”. Aku Membuat alasan.
Memang kebiasaanya kami akan ‘lunch’ di kafe HS ni, kerana
tak sempat untuk pulang makan di kafe Mahallah yang agak jauh dari Kulliyah ku.
“Kau yang tak tengok nasi, asyik tengok ke meja seberang
sana, salahkan aku pula? Kalau ikan tu boleh bercakap, percaya lah, dia merayu
supaya kau makan dia, bukan tengok perempuan, hahaha” senda Aman.
“Aku makan, kau makan, dua- dua diam, cepat!”. Aku sedikit
tegas, mematikan jenaka si Aman itu.
Memandangkan aku masih di tahun pertama pengajianku, Aman
inilah antara sahabat yang rapat denganku, kebetulan kami berkongsi kulliyah
yang sama, Kulliyah Ilmu Wahyu, jadi kemana pergi memang kami sentiasa bersama.
“Aik, marah nampak”, perli Aman.
“Mana ada, dah la, makan ikan kau tu, karang ikan kau tu
bercakap aku tak tahu, haha”, mengembalikan senyuman aku.
“Razy, aku nak cakap dan tanya kau sikit, terpulang pada kau
lah nak jawab ke tak, boleh?” soal Aman.
“Apa lagi ni Razy? Tak puas kau mengusik aku ker? Tapi tak
apa, kawan kan,hahaha! tanyalah”.
“Aku tahu sangat hati kau tu, aku kenal sangat, dah nak setahun lebih tahun kita berkawan, kau suka dia kan, sejak dari awal minggu taaruf dulu kau
dah ‘aim’ dia, maksud aku lihat dia, malah dia antara budak perempuan yang
selalu jadi topik kita setiap kali, tak kira tempat, baik di bilik, di kelas,
di ‘library’ sampai time kita
ber’joging’ hari tu pun tetap dia menjadi topik utama, jadi kenapa kau tak
pergi ‘approach’ dia sahaja? Tanya dia betul- betul, kalau- kalau boleh jadi kawan
dulu. Siapa tahu rezeki kau, kot- kot dia membalas cinta kau, hehe”.
Wah, Aman ni, tak sia- sia aku menganggap dia ni Akhi, benar, dia cukup faham akan aku, setahun lebih ni, cukup untuk buat dia betul- betul
faham riak perilaku aku dan segalanya. Masakan tidak kami ini, sebilik berlainan katil sahaja, sekelas
berlainan bangku dan meja, mustahillah dia tidak faham aku.
“Tapi kalau sekatil itu, ceritanya lain sudah, hahha”.
Tersengih ku sendirian.
“hurmmm, bukan tak mahu Aman,tapi tu lah…”
“Tapi tu lah apanya?”
“Sabar la, nak ambik ‘mood’ ni”.
“Begini, aku ada pegang satu prinsip dalam berkawan,antara
lelaki dan perempuan, prinsip ini aku pegang dari dulu, sekarang dan insyaAllah
sampailah aku kahwin”.
“Prinsip? Apa dia?”
“Gini, kalau boleh aku tak nak menjadi ‘pencuri hati’, aku benci jadi pencuri tu”.
“Ha? Tetiba je! Pencuri apa ni ‘Leman’? “ sambil menggaru
kepala.
“Ok, aku terangkan, ini kes bagi orang belum berkahwin ok.
Begini, ada muslimah yang sedia ada berada dijalan Allah, taatnya tidak berbeah
bagi, cintanya kepada Allah bukan cinta- cinta biasa, dan bukan kepalang
hebatnya, keseluruhan hatinya memang buat Allah, tidak dikongsikan dengan
sesiapa pun, tiba- tiba datanglah seorang lelaki, yang ingin ‘stay’ muslimah
itu, dan muslimah itu juga membalasnya”.
“Jadi?” soal Aman yang masih tidak berapa mngerti apa yang
aku cuba sampaikan.
“Setelah muslimah itu tadi menerima cinta yang bukan mahram
baginya, maka hatinya mula berbelah bagi, kita andaikan dengan menggunakan
peratusan, kalau dulu antara dia dengan Allah adalah 100%, kini tinggal 70%
sahaja kerana telah pun di’share’kan dengan si lelaki tadi. Kalau dulu setiap
masalah akan terus ‘directly’ diadukan pada Allah, kini lelaki ini akan muncul terlebih dahulu sebelum
Allah, lelaki ini menjadi tempat mengadunya yang pertama dan Allah tiba- tiba
jaduh di ‘2nd place’ di hatinya hanya kerana seorang lelaki yang
telah mencuri hatinya.”
“Ha? Macam mana Aman, faham?"
Berkerut kening si Aman, mungkin faham, mungkin juga tak, mungkin dia masih tak jelas dengan prinsip yang aku pegang tu.
"Sebolehnya aku tak ingin
menjadi seorang lelaki yang tamak dan pentingkan diri sendiri, malah
‘nau’zubillah’ aku tak sanggup menjadi seorang perampas ‘kekasih Allah’, apa
hak aku nak berlawan dengan Allah dalam perkara sebegini, berebut kasih lagi,
tapi lainlah kalau aku betul- betul bernikah, terus bernikah, ini pasti
mengembirakan muslimah itu, dan Allah juga meredhainya”.
Terdiam si Aman, macam memikirkan sesuatu.
“Ini hanya pendapat aku Aman, tak payah la nak ambik serius
sangat, hehe” mematikan angan si Aman.
“Owh, tak pa, lain orang, lain pemahamannya terhadap sesuatu
hukum dan keadaan, bagi aku pemahaman kau berbeza ini yang menarik, haha, tapi
aku tetap berdoa, agar kau dengan dia atau pun muslimah yang lebih baik
berdamping dengan kau nanti!”
“Amin ya Rabb…” serentak kami menyebutnya.
Tanda kami bersetuju dengan perkara yang sama.
#cinta Allah lah yang akan memelihara cinta- cinta yang lain.

sejak bile plak kite jog,gi library same2....
ReplyDeletebile plak sy usha pmpuan pakai spek bingkai hitam... sister mane2 org tue ni amek.... segan sy bace...tggu je lah, siaplah!!!!